Isnin, 2 April 2012

Happy Birthday ARIF AFIF....


3 April 2012..menjelma lagi,syukur Alhamdulillah,pada tarikh inilah putera aku genap berusia 7 tahun..Ayah,ibu dan adik,mendoakan agar abang menjadi anak yang soleh,anak yang bijak-pandai,anak yang taat kepada perintah ALLAH dan RASUL,anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya,anak yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara..Insya Allah..
Ayah mungkin tak "mampu"untuk memberikan abang hadiah yang diluar kemampuan ayah dan ibu,namun apa yang ayah dan ibu mampu hanyalah mendoakan yang terbaik untuk abang,memberikan pelajaran untuk abang,memberikan didikan agama untuk abang,memberikan makan da minum untuk abang,memberikan kasih sayang untuk abang..
Alhamdulillah,abang dah besar..Apa pun,ayah,ibu dan adik,bangga dengan abang...Walaupun ayah "marah"itu TIDAK bermakna ayah benci...ayah marah ada sebab..Kepada putera kami,Arif Afif..Selamat Hari Lahir diucapkan...

Jumaat, 23 Mac 2012

Penghargaan PDRM

 
hampir 7 tahun aku dan rakan-rakan aku berkecimpung dalam dunia rondaan sukarela ini,pelbagai pahit manis telah aku serta rakan-rakan lalui,manisnya bila dapat bantu pihak berkuasa dalam segala hal.pahitnya..sukar untuk diluahkan..namun itulah hakikat yang perlu aku dan rakan-rakan lalui.aku "terjebak"ke dalam dunia ini,pabila ada satu peristiwa yang takkan aku lupakan sepanjang hayat aku,berbekalkan dari situ aku mula menyampah dengan penjenayah serta tukang fitnah..

Namun,hari ni,pengorbanan aku dan rakan-rakan dihargai pabila mendapat surat jemputan ini...terima kasih semua rakan-rakan dan keluarga...

Selasa, 20 Mac 2012

Teh O ais satu....

teh O ais..memang sedap diminum tatkala tekak berasa amat haus..apatah lagi bila ditambahkan dengan limau..memang mententu ada yang mengancam dan terancam dibuatnya.
apa kaitannya teh O ais dengan cerita aku pada kali ini..hahahaa..
semua orang memang minat atau gemar minum minuman ini..tak kira  masa,pasti orang akan memesan minuman ini..siang ke,malam ke,atau pagi ke..pasti kita akan dengar,"bang,teh O ais satu"dikedai-kedai makan..bermakna ianya amat diminati oleh semua orang,kecil ataupun besar..
begitu juga dengan kehidupan kita ini..kita juga diibaratkan seperti teh O ais..kita secara sedar atau tidak,orang disekeliling kita amat "suka"akan diri kita,baik dari segi sikap mahupun pergaulan kita dengan mereka..kalau orang dah suka,semua baik belaka..semua yang kita perkatakan orang akan kata "YE"walaupun ada kala kata-kata kita itu,tak berapa tepat,namun oleh kerana dia orang dah suka kat kita,maka "YE"lah jawapan yang akan diberikan oleh orang-orang disekeliling kita.
Cuba kalau teh O ais itu,tawar..pasti orang tak suka..silap-silap mau kena maki orang yang buat air tu..betul tak?itulah resam dunia,masa kita berada di satu tahap yang baik,kita digemari serta disenangi semua..kalau dah mula "bosan"mulalah mencari alternatif untuk buatkan kita "down"..mulalah teh O ais tu,tawarlah,air batu kuranglah,teh pekatlah dan pelbagai alasan lagi ditimbulkan..sebab---orang dah tak suka..faham-faham sahajalah.
kesian kat pembuat air tu..dia rasa,dia dah buat yang terbaik demi kepuasan hati pelanggannya...

Rabu, 14 Mac 2012

muak dahhh

hari ni 14 Mac 2012..apa ntah nasib..kaki aku kejang...waktu tido pulak tu..nasib baik aku dah pelajari cara-cara nak merawat..sejuk.salah satu faktor kekejangan urat..
mau tak mau..maka terdengkot-dengkotlah aku pergi ke pejabat hari ini..hahhaha..alhamdulillah.
tapi aku kat pejabat pun tak lama..1/2 hari aje..aku ambik cuti..balik dan lepak kat rumah.
bukan apa,ada sebab aku balik..walhal aku banyak lagi kerja yang perlu dibereskan.
entah..sikap manusia tu sendiri buat aku MUAK..aku takdelah sampai nak berdendam.aku marah bersebab dan aku dah minta maaf balik,tapi kalau dah taknak tegur aku,aku tak kisah..bagi aku,aku BAYAR zakat fitrah setiap tahun pakai DUIT hasil titik peluh aku sendiri..NAMUN jika dah main-main ketuk kepala aku,al-maaflah..aku pun ada hati,aku pun ada perasaan,walaupun usia dikau lebih "lama"daripada aku,itu tidak semestinya kau boleh buat sesuka hati kau sahajakan..gurauan ada batasannya..aku baik dengan semua.tapi bila kebaikan dibalas dengan cara begini itu melampau namanya..
Wallahualam...

Selasa, 13 Mac 2012

499 dahhh...




posting yang ke 499...wahhh...dah banyak jugak aku buat posting ni yer..semenjak menjadi blogger ni.hhahahaa..
tanggal 13 mac 2011,cuaca hujan sampai ke malam..sejukkkk..tapi kena tadah airlah pulak,al-maklumlah..esok air kat area Kuala Langat ni takde..huhuhuu...mandi ala-kadar jer lerrr.
Hari ni juga,bonda aku,ke SRJK (C) Jenjarom,untuk menerima BR1M..alhamdulillah,dapat juga yer..setelah beberapa lama borangnya ter..perap kat rumah,gara-gara orang kata nak tolong anto kan..tapi..ermmmmm...biasalahkan,manusia..nasib baik aku perasan dan sempat untuk menghantar borang tersebut..
Hari ni pak itam sekeluarga hadir ziarah,esok beliau sekeluarga nak g bercuti ke cameroon..dan seperti lazimnya,pak itan akan berjumpa dengan mak aku dahulu..
apa lagi pekena seafood lah malam ni...to my mum,thanks belanja makan,to my uncle,drive tu elok-elok dan selamat bercuti

Sabtu, 10 Mac 2012

Doa: Bengkel Pengurusan Wang & Perniagaan Anda Dengan Bijak anjuran Kelu...


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
يَا اَلله ُ يَا كَرْيمُ
Jadikanlah BENGKEL MENGURUSKAN WANG dan PERNIAGAAN ANDA DENGAN BIJAK Bagi TAHUN 2012 ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara kami. Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan kebahagiaan berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.
يَا اَلله ُ يَا رَشِيْد
Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jauhkanlah kami dari segala bala bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...