Sabtu, 28 Januari 2012

perjuangan yang belum selesai


syukur..tamat 2 program besar,dan semangat mula berkobar-kobar ni..suntikan semangat tulah yang penting untuk aku maju ke hadapan..ni baru permulaan.Terima kasih Tan Sri Aziz Shamsudin,kerana sudi penuhi undangan kami..

Jumaat, 27 Januari 2012

Kagum dengan semangat perjuangannya...

walaupun sudah lama tak dengar khabar daripada mantan MB Selangor ni,tup-tup hari ini aku berkesempatan bersua dengan lebih dekat lagi dengan beliau,tu pun sewaktu aku jadi penyelaras program ni,kalau tak..hehehe..tak berkesempatanlah..tak sombong dan mudah bergaul dengan rakyat..kebetulan ada Dato' tu yang kata,aku ni anah buah Dato Zabir..terus Tan Seri pandang aku dan berkata".................sulit......................".
Sebaik sahaja Tan Seri menjamu selera,mak pun pergi kat Tan Seri,maklumlah,mak dan Tan Seri ni pun ada pertalian persaudaraan..dan sekampung dengan emah..perghh...bila orang kampung bersua dengan orang kampung,lain jadinya..hahahaha,lantas Tan Seri pandang kat aku..apasal kamu tak cakap kamu anak Penghulu Mashod..hehehhe..low profile Tan Seri,jawabku...
Pelbagai nasihat serta pandangan aku terima daripadanya..Owh yermsentuh sikit tentang program ni,walaupun aku keletihan teramat sangat,dan hanya tidur 1 jam,namun keletihan aku ter"bayar"pabila Dato' "S" selaku penganjur menghargai usaha serta penat lelah aku..Alhamdulillah...aku hanya mampu tersenyum...

Jumaat, 20 Januari 2012

apa nak dikata...



nak kata GAGAL,tak juga..tapi sedikit kehampaan,sasaran yang aku sasarkan TIDAK capai.namun itulah hakikat yang perlu aku hadapi sebagai penganjur sesebuah program..niat dihati ingin membantu para penduduk setempat,namun penduduk setempat tidak ingin membantu dirinya sendiri.Lebih ramai anggota daripada penduduk,itulah yang mampu aku huraikan.apa nak dikata,tanggung ajelah ke"malu'an tu..Namun aku bangga kerana aku telah laksanakan tanggungjawab aku..walaupun tak berbaloi..ermm...Syabas pada diri aku!

Selasa, 17 Januari 2012

Rezeki yang tidak dijangka...



alhamdulillah..16 dan 17 Januari 2012 merupakan hari yang "BAIK"bagi diri aku..rezeki demi rezeki hadir dari segenap ruang..alhamdulillah,berkat solat dan doa di waktu Dhuha..sekiranya rezeki aku jauh,dekatkanlah,sekiranya rezeki aku di atas turunkanlah...
Syukur..syukur dan syukur..

Rabu, 4 Januari 2012

yess..inilah hero ayah dan ibu...


punyalah semangat nak ke sekolah..awal-awal pagi lagi dah bangun..alhamdulillah,mudah-mudahan berkekalanlah semangat ni..
segak gak putera aku ni..siap pakai jam warna ijau..hehhee(tapi sampai sekolah terus bukak).maka bermulalah kehidupan baru adam,dah naik darjah 1 dah..dah besar dah putera aku ni..alhamdulillah..tak menangis..
aku sempat temankan sampai jam 10 pagi aje,bukan apa aku taknak dia "dimanjakan"biarlah dia berdikari..dapat kelas 1 kenanga..

sepanjang sesi suai kenal ni,adam dah dikenalkan dengan cara-cara untuk membeli makanan nya sendiri.aku tengok dari jauh aje..kesian gak,kena beratur panjangggggg...tapi apa nak dikatakan,itulah erti kehidupan yang harus dia tempuhi..

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...