Isnin, 13 Julai 2009

TERIMALAH...

JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT :-

-SELURUH ADIK BERADIK KU

-SELURUH ADIK BERADIK IPARKU

-PAKCIK dan MAKCIK KU

-FADHLAH AFIF SEKELUARGA

-FADHIL SEKELUARGA

-NORSAFIZA serta ABANG MAN

-JIRAN TETANGGA

-RAKAN BLOGGER KU

SERTA PENGHARGAAN KHAS BUAT KEDUA IBU KU

Kerana sudi menziarahi  Puteriku Adriana Amni samada di wad mahupun di rumah ku di Banting..

AL-FATIHAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

DIKESEMPATAN INI AKU DAN SELURUH AHLI KELUARGA SERTA RAKAN-RAKAN BLOGGER  INGIN MENYAMPAIKAN SALAM TAKZIAH BUAT 

ENCIK SUFFIAN BIN SURATMAN

SERTA

AHLI KELUARGA

(biras aku)

DI ATAS PEMERGIAN AYAHANDA BELIAU PADA HARI INI.

SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT DAN SEGALA AMALAN NYA DITERIMA OLEH ALLAH SWT..AMIN

Ahad, 12 Julai 2009

SELAMAT HARI LAHIR


Alhamdulillah..hari ni sambutan hari lahir diadakan lagi oleh keluarga aku..Kali ni sambut birthday khas untuk yang lahir bulan Julai..Abang Aris,Kak Lynn,Faiq,Ju dan Adriana Amni..aik Adriana pun ada gak ye...takpelah rezeki..Aku dan isteri tak boleh lama,nak pergi hospital hantar Adriana..seperti yang dijangka..esok kena ambil darah lagi....sabar ye dikkk...cian dia

(antara hidangan istimewa,kerang berlada,udang masak merah,kari ayam,sayur campur,ayam lada hitam)

(antara insan yang tak boleh makan lagi..pantang..hehe)

(Umar sedang mengetuai bacaan doa sambil diaminkan oleh Achon)

(Ejad,ni tengah mengaminkan doa ke atau tido)

Kepada yang menyambut hari lahir pada bulan ini,aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir,semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan diterima segala amalan..Amin

alahai....

Hari ni masuk hari yang ke-3 Adriana Amni dibawa ke hospital bagi membuat pemeriksaan.Biasalah baby..mudah kena sakit kuning..Bermula di Klinik Kesihatan Telok Datok hinggalah hari ni..kena cucuk aje.Kesian Adriana..Rupanya kat hospital,ramai yang kena..Ni pukul 2 petang,kena lagi pergi..ambil result darah..kalau tak turun juga..al-maklumlah memang kena tahanlah tu nampaknya.Apa pun harap resultnya baik..tak payah masuk wad..Kerana esok aku dah start masuk kerja dah... 

(Unit Makmal,Klinik Kesihatan Telok Datok)

(si abang hanya mampu melihat adiknya yang kena cucuk)

(ni ha...dua-dua kaki dah kena cucuk dah..cian...)

NILAI WANG SEPULUH RINGGIT

Salam,

Kisah atau cerita ini,aku perolehi dari teman blogger aku,yang dikenali Kak Zai.Memang aku tak pernah jumpa dengan Kak Zai ni,namun bila dah berada dalam alam cyber ni macam-macam kenalan yang aku perolehi..Blog Kak Zai ini,sering aku kunjungi.Memang menarik dan adakala menjadi panduan kepada aku,mengenal diri.Kali ini,aku akan memaparkan kisah ini untuk tatapan dan renungan kita bersama..kepada Kak Zai,terima kasih aku ucapkan dan salam perkenalan..Aku harap Kak Zai tak marah aku copy artikel ni..

Farid seorang bapa tunggal mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun bernama Amin. Selepas penceraian, Farid telah berjaya mendapatkan hak terhadap anaknya Amin. Ketika bekerja Amin akan ditinggalkan bersama ibu Farid yang sememangnya tinggal bersama Farid. Sebagai seorang mekanik, tugas seharian Farid memang terlalu sibuk dan jarang ada masa untuk bersama anaknya itu. Satu hari Farid yang keletihan pulang ke rumah disambut oleh anaknya Amin di muka pintu..

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Hah, nak tanya apa?” jawap Farid kepenatan

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Apa, Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?” Sergah si ayah apabila mendengar anaknya sibuk ingin mengambil tahu pendapatannya

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam, kenapa ?”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak perlahan tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Ayah Amin merenung sayu kemuka anaknya..tersentuh hatinya kerana barulah si ayah faham maksud anaknya itu….


**************************************************************************
Sayangilah anak anda, jangan biarkan mereka kekurangan kasih sayang dan luangkan masa anda walau sekejap dan berilah perhatian secukupnya..



Sabtu, 11 Julai 2009

Wa Kena Beb...

Wa kena beb..kereta aku dengan TIDAK sengajanya telah menyondol sebuah kereta Proton Wira.Aku baru keluar dari Hospital Banting pada masa ini untuk menghantar Adriana Amni membuat pemeriksaan "kuning"...Sampai di depan Pejabat Pos lama aku terpaksa berhentilah..yelah dah lampu merah..kenalah berhenti..Di depan aku memang ada kereta Proton ni..Lampu pun hijau..kereta depan mula bergerak..aku pun bergeraklah sama.Tiba-tiba dia brek mengejut!Motor pengiring PDRM yang mengiringi sapa tah lalu..dan marshalnya berhenti ditengah2 jalan...Nasib baik aku tak laju lagi..Namun benda nak jadi...maka aku tersondollah kereta Wira ni..Allah! Jerit ku...Keluarlah empunya kereta tu..aku pun keluar sambil pohon kemaafan..agak kasar juga abang ni tadi..aku salah..mengaku dan pohon maaflah.sebab manalah aku perasan ada polis lalu,sebelah kiri aku terlindung dengan sebuah lori..Kami pun park kat tepi,aku sekali lagi jumpa dengan abang ni..aku cakap aku baru keluar dari Hospital bawa anak aku..Memang aku tak perasan.Dia cool..Dia tanye aku bawa sapa dalam kereta..aku cakaplah bawa anak aku yang berusia 5 hari...Dia pun minta maaf gak kat aku kerana kasar..Kesudahannya,aku minta no handpone dia dan dia ambik nombor aku..aku cakap abang antolah kat kedai nanti bil kat aku..Syukur tak rosak banyak..bumper sikit aje jatuh..agak aku clipnya je yang patah...

Kepada brother tu,jika ada terbaca blog aku ni,percayalah aku pohon maaf banyak2...aku memang tak perasan langsung..Kepada pengiring tu..hati-hatilah bawa moto..kerana kaulah aku kena...nak salahkan dia pun tak boleh gak...kerja dia..

Dugaan............

Jam 12:05 t/hari,lokasi:Lampu Isyarat (Depan Ongking Electrical Banting)

Perguruan Seni Silat Kunta


Lama benar aku tak dengar khabar berita sahabat-sahabat aku ni.Bila aku kemas balik fail/album lama.aku terjumpa dengan sekeping gambar ni..Sebelah aku,namanya Mohd Noor Bin Jaafar,apa yang aku tahu beliau bertugas di Maybank..Maybank mana ye...Sebelah Mohd Noor tu namanya Khairul Yusri B. Yazid,dulu di karangkraf,tapi sekarang ni entahlah..dan sebelah Khairul Yusri,namanya Azwan bin Ariffin,bapanya polis Banting..kini tak silap aku bapanya ada membeli rumah di Olak Lempit..namun aku masih gagal mencari mereka ini.Ada 2 orang lagi jurulatih,tak masuk dalam  gambar ni kerana mereka tu junior lagi..so tak boleh geng..hahahaha..Kamaredza Mizan,3-4 tahun lalu aku tahu dia di Tabung Haji Cawangan Tanjung Karang,tapi sekarang aku tak tahu dan sorang lagi kami panggil dia "Bujal" pun lesap gak..

So,kepada teman-teman/ahli-ahli Perguruan Seni Silat Kunta Malaysia,aku masih memburu kalian...dah lama benar kita tak berjumpa..Senang-senang call lah aku....Wassalam

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...