Khamis, 9 Julai 2009

AKHIRNYA..ADRIANA AMNI

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Segala pujian hanyalah untuk Mu..tuhan pencipta alam semesta...

Al-Fatihah....

Salam semua..setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pastinya inginkan kedamaian.

Kedamaian perlulah mempunyai nisbahnya..agar ianya benar-benar damai.Damai dari segi rohani mahupun jasmani..Maka setelah ku berbincang panjang lebar aku rasa inilah nama yang sesuai bagi puteriku

ADRIANA AMNI yang membawa maksud nisbah kedamaian.Mudah-mudahan puteriku ini serasi dengan nama yang ayah dan ibunya berikan dan semoga puteriku ini menjadai anak yang solehah..

BALIK KAMPUNG....

Salam...haaa kan Pak G dah kata..sebelum Faaiq dan Faaris sampai Kuching,gambar ni dah masuk blog dahulu..Apa pun selamat jalan..hati-hati..

Kirim salam dekat keluarga di Sarawak..

Rabu, 8 Julai 2009

Faaiq's 1st Birthday


Happy 1st birthday to Faaiq Adnan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh dan bijak pandai. Sayang dek-dek sangat. Cuba-cuba jangan kuat nangis yer .... Thank you for being with us and make our life complete. Love you! Muah ...



Selasa, 7 Julai 2009

Tanggal 07 Julai 2009

Segala pujian bagi mu Ya Allah...Syukur Al-hamdulillah,tepat jam 5:45pagi,isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan,di Hospital Banting.Setakat ini,keadaan isteri dan puteriku sihat alhamdulillah.Isteriku dimasukkan ke wad pada jam 2:00 pagi tadi..Apa pun ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.Bertambah lagi umat nabi Muhammad saw,dan bertambah lagi zuriatku.Mudah-mudahan  puteriku ini menjadi anak yang solehah..aminnn

(inilah gambar Puteri ku)

( Hampir tertidur putera ku..gara-gara menemankan aku di waktu pagi)

(kucupan kesyukuran 2 beranak)

kepada semua yang mendoakan,secara peribadi aku ucapkan jutaan terima kasih.

ikhlas daripada:-

Isnin, 6 Julai 2009

Kejohanan Bowling Amal SK Padang Jawa

Semalam bertempat di Ole-Ole Super Bowl,Shah Alam aku bersama rakan telah menyertai Kejohanan ini.Kami namakan pasukan kami dengan nama "CCM CHEMICALS PORT KLANG".Selain aku,Shahrul Fitri dan Norsafiza juga turut serta.Tujuan kami menyertai bukan sahaja nak bersukan,malah kepada aktiviti amal.Ramai juga penyertaan yang diterima.Adalah dalam 14 pasukan,dimana setiap pasukan mempunyai 3 orang pemain.Walaupun aku kurang sihat sejak akhir-akhir ini,namun aku gagahkan juga..yang kat rumah pula menunggu masa aje nak melahirkan zuriat kami..Namun aku tawakal saja..Upacara perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Amat Dihormati.Tan Sri dato'Seri (Dr) Hj.Abu Hassan b. Hj. Omar.Secara keseluruhannya,kami dapatlah tempat ke-5 berkumpulan.Alhamdulillah...Dan untuk rekodnya hari ini,aku MC..sambung demam balik....Apa pun tahniah dan terima kasih aku serta rakan ucapkan kepada pihak PIBG SK Padang Jawa yang telah mengundang kami untuk turut serta,mudah-mudahan dana yang dikumpul dapat memberi manfaat kepada setiap pelajar..

(sebahagian dari pemain-pemain yang sedang menanti bermulanya Kejohanan)

(pemain terbaik Kejohanan: Zawal dan Shahrul Fithri)

(Kak Fiza bersama suaminya turut serta dalam Kejohanan ini,abg Man tu merangkap pengurus)

(ni baru pusingan awal....)

(sijil penyertaan)

p/s: menang atau kalah mrupakan adat pertandingan..yang penting kita beramal..

Ahad, 5 Julai 2009

Dengan namamu Ya Allah,Tuhan pencipta alam..

Segala puji-pujian hanyalah untuk mu..

AL-FATIHAH

SALAM TAKZIAH DARI KAMI BUAT 

UMAR B. HJ.ABD. WAHAB SERTA KELUARGA

DI ATAS PEMERGIAN NENDA TERSAYANG PADA AWAL PAGI INI.

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT 

DAN

DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN..

AMIN..

Sabtu, 4 Julai 2009

Kenapa Kita Perlu Sentiasa Bersyukur..

Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

"Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain."

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

"Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur." (Surah As-Saba': 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan 'Alhamdulillah'. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan 'Alhamdulillah' itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan 'Alhamdulillah'. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan 'Alhamdulillah' dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya: "Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk 'cover' balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...