Selasa, 8 April 2014

Aku...



Alhamdulillah,
Masih diberi kepercayaan dan mandat untuk meneruskan perjuangan.Walaupun telah beberapa kali menolak namun akhirnya aku akur juga dengan keputusan. Bukan hendak mendabik dada denga n jawatan ini, jawatan yang amat berat untuk dipikul dan jawatan yang membuatkan aku sendiri terpaksa berfikir lebih daripada kebiasaannya.
Namun, semua itu harus aku tempuhi juga. Buat masa ini, perancangan aku hanyalah 1 iaitu “KEJAYAAN”. Kejayaan yang pelbagai sudut dan bentuk. Sasaran aku tidak terlalu tinggi namun aku berhasrat agar kejayaan itu adalah kejayaan yang paling manis dalam pentadbiran aku. Aku mula mengolah segala aspek pembelajaran.  Dari tahun 1 hingga tahun 6. Yang paling utama adalah tahun 5 dan 6. Tumpuan akan diberikan sepenuhnya. Aku mula merangka pelbagai aktiviti, pelbagai kemudahan untuk anak-anak ini.
Jikalau tahun 2013 aku berjaya membuatkan susur gajah dan mengadakan Wi-Fi, namun tahun 2014 ini aku mula fikirkan mengenai aspek lain pula. Seperti kata aku tadi, aku nak KEJAYAAN.
Paling TIDAK 5 pelajar tahun 6 atau minima 1 orang pelajar mendapat keputusan yang amat memberangsangkan.
Mentadbir sekolah agama ini berbeza dengan mentadbir sekolah kebangsaan. Salah satu cabaran yang perlu aku hadapi ialah kewangan. Sekolah Agama ini TIDAK mendapat  peruntukan daripada mana-mana, maka, pandai-pandailah aku untuk mencari dananya. Adakala dari poket sendiri.
Boleh dikatakan anak aku bukan 2 orang malah ada 131 orang lagi yang memerlukan pembelajaran yang sempurna.

Antara program yang aku Nampak untuk dilaksanakan dengan kadar segera:-

Bulan
Program
Mei 2014
Motivasi tahun 4,5,6- Hadapi peperiksaan
 Sambil itu,aku cuba mengenal pasti punca-punca anak-anak ini GAGAL:


  1.       KURANG MEMBACA
  2.       KURANG ATAU TIDAK MENGULANG KAJI PELAJARAN
  3.       KURANG MEMBERI TUMPUAN
  4.       SUKA PONTENG
  5.      TIDAK TAHU TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...