Rabu, 31 Disember 2014

1001 makna...

Foto-foto ini aku ambil sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada 25 Disember 2014 yang lalu.. Entah kenapa aku suka ambil gambar dari sudut begini...Mungkin salah 1 ilmu yang wajar aku pelajari...
ABAH...
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5

Selasa, 8 April 2014

Aku...



Alhamdulillah,
Masih diberi kepercayaan dan mandat untuk meneruskan perjuangan.Walaupun telah beberapa kali menolak namun akhirnya aku akur juga dengan keputusan. Bukan hendak mendabik dada denga n jawatan ini, jawatan yang amat berat untuk dipikul dan jawatan yang membuatkan aku sendiri terpaksa berfikir lebih daripada kebiasaannya.
Namun, semua itu harus aku tempuhi juga. Buat masa ini, perancangan aku hanyalah 1 iaitu “KEJAYAAN”. Kejayaan yang pelbagai sudut dan bentuk. Sasaran aku tidak terlalu tinggi namun aku berhasrat agar kejayaan itu adalah kejayaan yang paling manis dalam pentadbiran aku. Aku mula mengolah segala aspek pembelajaran.  Dari tahun 1 hingga tahun 6. Yang paling utama adalah tahun 5 dan 6. Tumpuan akan diberikan sepenuhnya. Aku mula merangka pelbagai aktiviti, pelbagai kemudahan untuk anak-anak ini.
Jikalau tahun 2013 aku berjaya membuatkan susur gajah dan mengadakan Wi-Fi, namun tahun 2014 ini aku mula fikirkan mengenai aspek lain pula. Seperti kata aku tadi, aku nak KEJAYAAN.
Paling TIDAK 5 pelajar tahun 6 atau minima 1 orang pelajar mendapat keputusan yang amat memberangsangkan.
Mentadbir sekolah agama ini berbeza dengan mentadbir sekolah kebangsaan. Salah satu cabaran yang perlu aku hadapi ialah kewangan. Sekolah Agama ini TIDAK mendapat  peruntukan daripada mana-mana, maka, pandai-pandailah aku untuk mencari dananya. Adakala dari poket sendiri.
Boleh dikatakan anak aku bukan 2 orang malah ada 131 orang lagi yang memerlukan pembelajaran yang sempurna.

Antara program yang aku Nampak untuk dilaksanakan dengan kadar segera:-

Bulan
Program
Mei 2014
Motivasi tahun 4,5,6- Hadapi peperiksaan
 Sambil itu,aku cuba mengenal pasti punca-punca anak-anak ini GAGAL:


  1.       KURANG MEMBACA
  2.       KURANG ATAU TIDAK MENGULANG KAJI PELAJARAN
  3.       KURANG MEMBERI TUMPUAN
  4.       SUKA PONTENG
  5.      TIDAK TAHU TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Ahad, 23 Mac 2014

Gugur air mata

Tanggal 22 Mac 2014
Masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin.Bersantai bersama keluarga.Perancangan yang seketika namun amat bermakna buat aku.
Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 40 minit dari villa aku ke destinasi memang tidak ada halangan,Alhamdulillah..Menuju Sg.Congkak.
Banyak-banyak rakaman foto,aku memang tertarik dengan foto aksi zuriat aku.Kasih sayang seorang abang kepada adiknya.Harapan dan doa biarlah berkekalan hingga akhir hayat..LOVE U ALL..

JUGA TOLONG KLIK KAT SINI