Isnin, 28 Mei 2012

Inilah namanya sahabat


Dalam kesibukan menunaikan tugas masing-masing,adalah amat jarang sekali untuk kami bertiga keluar bersama.Lebih-lebih lagi dengan Shahrul,sibuk memanjang,al-maklumlah semenjak naik gred ni..hahaha..hari ini,sempat juga kami bertiga berkumpul seperti masa dahulu..perghh..meriah jugak..lupa seketika masalah kerja seharian..lepak kat Restoran Asam Pedas,Port Klang..Alhamdulillah,semoga persahabatan ini kekal buat selamanya..





Sent from my Samsung Galaxy Tab

Ahad, 27 Mei 2012

Cub Prix di Banting..prenggggg...

 (Juara Cub Prix Banting)

Setelah sekian lama perlumbaan cub-prix tidsak diadakan di Dearah Kuala Langat,tup-tup tahun ni pihak Petronas bersetuju untuk mengadakannya di Kuala Langat,lokasi ,Bandar Mahkota,dari 26-27 Mei..perghhh,menarik sekali.al maklumlah,dulu sekali mereka buat kat pekan banting,masa tu,aku kecik lagi,sanggup naik basikal bersama dengan sepupu aku agus..hahaha..berbekalkan air laici kotak besar,dari pagi sampai ke petang tu kami di sana.
Kalau dahulu,aku hanya menjadi penonton diluar sahaja,tapi tahun ni,alhamdulillah,aku berada di dalam kawasan larangan..
Bangga juga..tapi tu semua rezeki daripadaNya..

(Masa untuk dilepaskan)


(Bersama team aku)




Sent from my Samsung Galaxy Tab

Sabtu, 26 Mei 2012

Posting orang sakit..

Alhamdulillah..dapat juga menjamu selera bersama family..bukan apa,aku sejak beberapa hari lalu,tak selera nak menjamah apa-apa.tekak rasa nak sesuatu tapi perut pula menolak..lawaknya..dalam tak selera pun,habis jugak tom yam..hahhaaa..namun masih dan tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran ini serta dugaan yang DIA turunkan kepada aku.





Jumaat, 25 Mei 2012

Kisah selipar

Seperti kebiasaan,sebaik sahaja selesai solat Jumaat,aku akan ke kedai berhampiran untuk mencari sesuatu bagi mengalas perut..perghh ramainya orang beratur dikaunter,sepanjang aku beratur,mata aku tertumpu kat seorang lelaki tua yang aku aku agak mungkin dari Bangladesh,mengikut cara pakaian aku yakin bahawa dia memang dari Bangladesh,aku perhatikan dari atas sampai ke bawah,laa,tak berkasut,patutlah beriya-iya nak beli selipar.
Kesian jugak aku melihatnya,mungkin orang dah rembat seliparnya kot..bila sampai kat kaunter,budak pompuan tu menyatakan harga selipar tu rm10.++.beriya-iya juga orang tua tu mengeluarkan wang kertaa warna merah,tapi budak kaunter tu kata tak cukup,maka terkial-kial juga orang tua tu menyeluk begnya..sementara itu,budak kaunter ni dah sedikit merungut,yelah,orang dah ramai beratur...
Maka,aku pun cakap kat budak tu,takpe,aku selesaikan,lalu aku bayar selipar orang tua tu,dan aku pun berlalu sahaja,budak kaunter tu pun hulurkan selipar tersebut kat orang tua tu.dari jauh,aku lihat orang tua tu masih terpinga-pinga dan menafah tangan kesyukuran.Alhamdulillah...aku pun hanya mampu tersenyum dan amin kan apa jua doa yang dibaca oleh orang tua itu..
Alhamdulillah..





Sent from my Samsung Galaxy Tab

Khamis, 24 Mei 2012

peluang ke SYURGA....


lihat dari wajah anak-anak ini jelas terpancar 1001 makna dalam erti kehidupan mereka,ye..kita masih beruntung kerana mendapat akan segala-galanya..nak itu dapat nak ini dapat..tapi bagaimana pula dengan anak-anak ini,belum pasti dapat apa yang mereka kehendaki.dapat pun atas belas orang ramai..namun mereka masih bersyukur kerana ada pihak yang simpati dengan mereka ini.
memang ada juga didengari,dimana-mana sahaja pusat atau rumah anak-anak sebegini mempunyai masalah disiplin,namun bila dikaji baik-baik dan sedalam-dalamnya..tentu punyai sebab.apa yang pasti jika anak-anak kita dirumah,memanglah kita boleh kawal,tapi bila dah ada 50 hingga 60 orang anak yang punyai pelbagai ragam,bagaimana ye?maka atas dasar itulah,kita tak boleh pandang ringan permasalahan ini,kita sepatutnya duduk bersama membantu,tak mampu dengan wang ringgit,mampu dengan tenaga maka itu pun sudah cukup memadai,anak-anak ini sebenarnya perlukan perhatian daripada kita,tepuk dada tanyalah diri...kita masih ada peluang untuk buat amal,mana tau berkat doa mereka,kita berjaya dunia akhirat.InsyaAllah..
Anak-anak ini juga punya hati & perasaan

Khamis, 17 Mei 2012

Just retired


Masa silih berganti,tup-tup hari ni,ayahanda aku,Hj Rahmat Salihon menamatkan tugas nya sebagai seorang pendidik di SMK Sultan Abd.Samad.Sedih gak,maklum sahajalah,tempat jatuh lagi dikenang..sorotan aku berkenalan dengan ayahanda aku bermula sekitar tahun 1991,pada ketika itu aku melangkahkan kaki tempuhi alam sekolah menengah..yeahh..aku dah remaja..setiap pelajar dikehendaki menyertai satu kelab atau persatuan,aku nak masuk apa?aduhh..nak ajak bincang,aku pun tak kenal orang,memberanikan diri,aku masuklah persatuan silat yang pada ketika itu tak sampai 10 orang pun ahli..mula aje ramai..hahaha..semakin hari,semakin seronok.nak belasah orang aje..tu niat aje,tapi tak berani pun..hinggalah aku diberi kepercayaan,mentadbir persatuan ini..lama kelamaan,bertambah ahlinya,dan aku dan team lakukan pelbagai persembahan,pelbagai camping dan macam-macam lagi lah..hingga kemuncak sekitar tahun 1995..perghhh,keahlian mencanak naik..
.syukur.
Sepanjang tempoh tu,hubungan aku dan ayah memang akrab sekali.maklum sahajalah,aku tak berayah,jadi menumpang kasih kepada ayah angkat sahajalah. Dan alhamdulillah,hubungan tersebut berkekalan hingga ke hari ini walaupun aku dah mempunyai keluarga aku yang sendiri dan aku dah bergelar ayah.


Pahit manis dalam hubungan kekeluargaan ni memanglah ada danaku tak nafikan,biarlah menjadi salah satu rahsia antara aku.mohd noor.khairul arwah akhmal serta beberapa kenalan rapat aku.tapi apa yang berlaku itu akan kami jadikan bekalan serta panduan kehidupan kami semua..Dan alhamdulillah kamindah jadi orang dan berjaya dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing.
Perpisahan adalah satu perkara Yang amat memedihkan dalam kehidupan kita ini,mahu atau tidak,kita sebagai hambanya Kena akur dan redha di at as qada Dan qadarnya.


Panggilan telefon yang aku terima daripada pihak pengetua yang inginkan aku serta team aku untuk membuat show,aku penuhi dengan hati yang terbuka..lantaran itu...ni lah hasilnya...





Kepada ayahanda,terima kasih di atas segalanya....




Sent from my Samsung Galaxy Tab

Rabu, 16 Mei 2012

Ibu/Emak/Ummi...

Tanggal 13 mei,ramai dikalangan kita yang menyambut hari bersejarah untuk golongan-golongan yang bergelar ibu
Sebenarnya kita memanglah tidak digalakkan untuk meraikannya,sebab hari-hari merupakan hari ibu,tapi tak salahkan kalau ada 1 hari yang khas,yang penting nawaitu kita.
Tanggal 13 Mei lalu,kami adik beradik sempat juga luangkan masa bersama insan insan yang bergelar ibu..saja makan makan di restoran makanan arab..perghh kiranya padahari tu ibu ibu bercuti..heheehe,apa pun selamat hari ibu kami yang bergelar bapa ni ucapkan buat ibu ibu diluar sana...psttt,hari bapa tak lama lagi ni..saba jommm...




Sent from my Samsung Galaxy Tab

HJ.ZAWALAJAM HJ.MASHOD
(017-2037472 & 010-2318581)

Rabu, 9 Mei 2012

Aku dah buat yang termampu

Yer..setahu aku,aku dah lakukan apa yang sepatutnya aku lakukan,malah aku rasa lebih daripada itu,aku kalau dah kerja,memang akan buat dari a hingga ke z,malah aku sanggup buat sorang diri demi kepuasan hati aku,yelah nak suruh orang,aku tak pandai,kang dari benda elok terus jadi tak elok,dan dari sahabat terus jadi kusuh,maka alangkah baiknya aku buat sendiri,bukan nak mendabik dada..tapi itulah aku..
Namun baru-baru ini,aku dapat komen yang kurang menyenangkan telinga serta hati aku..memang adatlah,manusia mana pernah puas hati dengan apa yang orang lain lakukan,semuanya salah dimata mereka dan dia sahaja yang betul dan bijak mentadbir.
Kalau nak buat teguran,jumpalah aku secara face to face bukan menikam aku dari belakang dan aku rasa tempat engkau membuat teguran itu adalah tidak sepatutnya..kau dah mengaibkan aku..kalau ikutkan hati,mahu sahaja aku terjah kau pada malam  berkenaan,namun aku masih berfikiran waras dan aku takmau aibkan kau sepertimana yang dah kau lakukan..sebab aku tahu apa yang dah aku lakukan adalah yang terbaik!aku harap agar kau dapat berubah...aku tak ganggu kau punya kerja...




Sent from my Samsung Galaxy Tab

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...